Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 7 (Sesi 1)

25 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2026, hari Isnin, telah berlangsung Kelas Mahir Masak Minggu 7 bertemakan Penyediaan Biskut di NADI Bengoh. Kelas ini berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh seorang peserta tempatan.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta telah diperkenalkan kepada asas penyediaan beberapa jenis biskut iaitu Biskut Bangkit, Shortbread, Butter Cookies dan Suji. Peserta turut mempelajari proses penyediaan bahan serta teknik asas yang diperlukan bagi menghasilkan biskut yang enak dan menarik.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan amali pembuatan biskut serta penerangan berkaitan SOP keselamatan yang perlu dipatuhi semasa berada di dapur. Penerangan awal mengenai kelas bagi Minggu 8 turut dikongsikan kepada peserta.

Program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang penyediaan makanan serta memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mempelajari kemahiran baharu melalui program yang dianjurkan di NADI Bengoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali